Saturday, 25 June 2011

islam... bukan semata-mata Islam

Nak share satu kisah ni, sebab apa orang kata: Sharing is Caring(?) 
   
   Bulan lepas, seorang alumnai Al-Amin ni jadi guru ganti, ajar kelas 2 Hassan pendidikan islam. TERBAIIIK! Beliau suka menanya soalan-soalan yang sangat-sangat jarang ditanya oleh orang lain. Yang penting soalan-soalan tu, membuka hati ana :B 

   Salah satu soalan: Antum rasa mana yang lebih betul, islam yang huruf 'i kecil' ke  Islam huruf 'I besar'? Majoriti dalam kelas pilih Islam yang huruf 'I besar'. Lepas itu, bila beliau tanya kenapa pilih jawapan tu, tiada siapa dapat bagi jawapan.

   Secara jujur, diri ni pun pilih I huruf besar. Alasannya, kalau dalam bahasa Melayu contohnya dalam apa-apa teks kita tak akan jumpa islam ditulis dalam bentuk 'i kecil' betul? Hehe.. itu ikut logik diri yang tak tahu apa-apa :p Jadi, agak-agak apa jawapan dia? Islam huruf 'I kecil' yang betul. Jawapan dia macam tu sebab; biasanya kita gunakan huruf besar atau capital letter untuk panggilan, nama atau pangkat. Huruf kecil pula digunakan untuk objek, perbuatan etc. 

  Jadi, kalau kita letakkan perkataan tu jadi islam 'i kecil' bermakna kita amalkan dan praktikkan islam itu dalam diri kita. Sebaliknya pula kalau kita letakkan islam sebagai 'I besar'. Bermakna kita meletakkan islam itu sebagai satu panggilan atau kedudukan kita sebagai seorang yang menganut agama ini tetapi tak mengamalkannya dalam kehidupan kita. na'udzubillah.

   Sekejap. Yang nak ambil exam, jangan tulis islam dalam 'i kecil' pula. Walaupun kita faham penggunaan kata ni dalam sudut yang lain. Kita kena hormati jugak bahasa kita. huhu.. Diri ni percaya penggunaan islam huruf 'I besar' dalam bahasa Melayu menunjukkan keagungan dan cara kita nak meghormati agama kita. kot? haha.. Wallahu'alam :)



Baik itu dari Allah. Buruk itu dari diri ini sendiri yang sedia menerima teguran,
Ameerah Azmil.