Tuesday, 10 December 2013

WAFDUL AMIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum mata-mata yg sedang menatap skrin. Terima kasih kerana membaca blog ini meskipun sudah lama ditinggalkan. Alhamdulillah Allah mengizinkan aku untuk menaip semula dalam blog ini. Kali ini, aku mahu menulis berkenaan sebuah program tahunan yg dinanti-nantikan oleh setiap warga tingkatan 4 SMIAAG, iaitu program WAFDUL AMIN. 


Program wafdul amin ataupun lebih dikenali sebagai wafa merupakan sebuah program anak angkat, di mana kami akan menziarahi sebuah kampung untuk mengenali dan memahami serta mempelajari sesuatu daripada cara hidup mereka. Namun, apa yg membuatkan program ini lebih istimewa adalah ia memerlukan perancangan dan sebuah organisasi yg kukuh. Sebab apa?  Sebab program ini memakan masa yg panjang dari awal sehingga ke hujung tahun. Setiap tahun, pelajar ting 4 perlu mengumpul dana untuk menghadapi program wafa pada hujung tahun. Hasilnya, baru kita tahu perit getir untuk mendapatkan duit.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Baiklah. Akhirnya, program wafa telah pun melabuhkan tirainya. Tsk ;') Kami generasi ke-20 Al Amin @ batch 2NT telah dihantar ke Kampung Bukit Gasing, Marang. Banyak yg telah kami belajar di sini. Kami telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Satu kumpulan akan mendapat satu keluarga angkat. Tengku Lina, Amira Saada dan aku telah disusun untuk mengenali keluarga Pak Mustaffa ataupun lebih dikenali Pak Ipin :) Aku mau buat catatan sedikit di sini, biar selalu ingat:
  • Ayah Ipin (ayah kata kalau datang situ nanti nak cari rumah, sebut je nak cari Ipin Soya. Orang kampung panggil ayah Ipin Soya. InsyaAllah saya akan ingat rumah di mana :) 
  • Mak/Zaimah
  • Kak Long/Hanisah
  • Abang Syawal (tak sempat jumpa)
  • Atikah (kita sama umur)
  • Aisyah (Form 2)
  • Aqila (Darjah 5)
  • dan Zakiah. 



Banyak benda yg aku dapat pelajari dari kampung ini. Antara yg ketara boleh kita lihat adalah daripada cara hidup mereka. Dedikasi mereka. Aku mahu berikan contoh yg paling dekat iaitu keluarga angkatku sendiri. Sumber rezeki keluarga ini bergantung kepada musim pada waktu itu. Pada waktu bukan musim tengkujuh, ayah menyara keluarga dengan menyandat sotong. Ayah akan mula bekerja pada pukul 4 petang sehingga 10 pagi, pada keesokan harinya. Pada waktu musim tengkujuh pula mereka akan mencari mata pencarian keluarga dengan berniaga di pasar. Kami berpeluang untuk merasai pengalaman berniaga sbb kami berada di kampung ini pada musim tengkujuh hehe. Setiap pagi pada pukul 4.30, mak sudah mula memproses soya dan taufu fa. Proses ini biasanya akan berlanjutan sampai tengahari. Sayang sangat sbb tak dapat belajar buat taufu fa huhu. Kemudian, lebih kurang pukul 3 ptg begitu, ayah, kak long dan atikah akan bersiap-siap untuk pergi berniaga di pasar. Sempatlah aku, lina dan amira ikut kak long menjual haritu. Macam-macam ada, air soya, taufu fa, air nenas, air milo, air sirap laici, serta ice blended pelbagai jenis. Di gerai ini, of course lah soya dan taufu fa yang paling femes sekali.




Selesai set up gerai


 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mahu dijadikan cerita pula hahaha. Pada satu malam, Lina, Amira dan aku ada date tahuuu. Siapa sangka ada 'benda' mahu date dengan kita kann hahaha. Dating dengan siapa tu? Jeng jeng jeng. Beginilah ceritanya, kita berprogram wafa ni bukannya cuma spend masa dengan keluarga angkat semata-mata. Ada juga aktiviti yg melibatkan orang kampung lain seperti hari sukaneka, ceramah, qiyam dan sebagainya. Biasanya pada waktu malam akan ada ceramah dan akan tamat dalam pukul 10.30 malam.  

Selepas program, Ajk Keselamatan akan pastikan semua peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dengan selamat. Rumah kami taklah begitu jauh dengan masjid, jadi kami pun jalan kaki je ke rumah. Perjalanan balik tu ditemani kumpulan aida dan dua lagi orang banin. Plannya, mereka akan hantar kumpulan kami dahulu, kemudian baru rumah aida. Jadi, bila dah sampai kat hujung jalan, agak-agak macam dah boleh nampak lampu rumah kami tu, kami minta diorang stop kat situ je sbb 'kononnya' dah boleh jalan sendiri ke rumah. Laluan tu ada lebih kurang 30 meter sampai rumah. Lagipun waktu tu mmg tak expect apa-apa pun akan jadi haha. Oh lupa nak bagitahu, kat situ kiri dan kanan hutan hahaha. Kalau tengok waktu siang, mmg tempat tu okay, so aku fikir malam pun okay je la.

Heh. Jadi, diorang pun berhenti di situ. Aku, mira dan lina pun jalan lah dalam gelap. Cuma ada satu je lampu waktu tu, lampu yg aku cakap datang dari rumah keluarga angkat kami tu haha. Bila kami jalan, diorang tunggu dulu sampai kami dah dekat dengan rumah tu, diorg pun pergi. Seperti yg dirancang, mmg baik je semuanya, kami jalan straight je sampailah satu part... tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki laju turun dari bukit. Menuju ke arah kitorang sebab aku boleh nampak bayang-bayang. Bunyi tapak kaki tu berat, so aku dah terpikir satu 'benda' hahaha, apa yg buat aku yakin dengan sangkaan aku adalah bila aku terdengar bunyi babi hahahaha. Dalam hati aku time tu panic sbb dah tahu bendanya apa, tak dapat agak apa yg babi hutan tu akan buat. Apa yg aku ingat, nenek aku dulu selalu cerita yg org dulu2 kalau nampak babi hutan, jangan lari. Berdiri tegak je sbb pergerakan kita tu akan buat babi hutan tu panik. Aku kebetulan berdiri dekat dengan lina, terus suruh pegang tangan dia. Amira dah ada kat depan sana, pun berdiri tegak sorang-sorang

Sbb tak tahu nak buat apa waktu tu, kami pun call ayah. PUM PUM PUM. Bunyi tapak kaki ayah kat atas rumah lari. Hahaha fikir balik kononnya taknak susahkan orang sekali benda ni pulak yang jadi. Ayah keluar je rumah kitorang tengah tegak kat tempat masing-masing hahahaha. Ayah tercari-cari babi hutan tu tapi dah takda dah. Lepastu ayah tak bagi kami jalan kaki dah. Kak long akan ambik kitorang naik kereta. Hmm :)

Wafa. Banyak sangat untuk diceritakan. Ini adalah serba sedikit yg aku dapat kongsikan.






Wafa masuk Sinar Harian. Walaweh :)

Makan nasi dgn daging keba masak gulai kawah.


Hari Keluarga dalam hujan dan lecak.




:)



:)












Wallahualam :)
Ameerah Azmil.

Friday, 14 June 2013

Queen of Islam




This is a great great lecture! It's worthy to spend 36 minutes for this video. Trust me.

At minutes 11:23:
"Be opposite the disbelievers. So this women, when she leave the house, like the other women, she looks in the mirror, but they're looking in the mirror for something different, when the women in the street look in the mirror, she look in to make sure she has the best style, she looks good, she can attract a man, but this women, when she looks in the mirror, she makes sure she's stressed, she's dresses appropriately. Make sure that Allah is pleased with her, make sure she's covered, so when she goes out in the street she's covered to please Allah SWT. If she does that, she is beautiful!"




Saturday, 27 April 2013

Impress who?


Stop impressing people who don't care. Start impressing Allah who tests our hearts. If you don't live for Allah, you will die for nothing :)


They choose to cover up to impress Him. Not him.

Allah.

I dont care what you think of me. I was not born to impress you.

Impian

Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ni ana nak buat satu short entry. Short ke?

Haritu kita ada main game ni. Entahlah antunna suka game ni atau tak sbb haritu kita kan tak cukup masa. So, ada benda yang ana skip dalam game tu. Sorrrrry ;'( Yelah, kita mana boleh ambil masa kelas cikgu. Hehe :)

These are their rockets. Ana dah baca masing-masing punya . hehe
Tapi ada 9 je. Takda kena hantar juga, okay.
Game dia macam ni.


Tajuk game: Impian.

Setiap org diberi satu kertas A4 putih. Masing-masing perlu fikirkan apakah 1) impian, 2) sikap yang mahu dikekalkan dan 3) sikap yang mahu dibuang. Tuliskan ketiga-tiga perkara tu atas cebisan-cebisan kertas warna. Setiap cebisan kertas warna perlu ada satu perkara sahaja. Next, tampalkan cebisan kertas warna tadi atas kertas putih masing-masing.

Selesai tampal, kertas putih tu boleh dihias dengan pensil warna, glitter atau pen. Serlahkan kreativiti anda. Ceh. Kemudian, setiap orang perlu lipat kertas masing-masing jadi roket. Ada banyak method utk lipat kertas jadi roket, so terpulang ikut cara masing-masing. Pada yang tak tahu cara buat roket, boleh tanya kawan. 

Sudah siap. Masing-masing dah ada roket, jadi buat apa lagi? Terbangkan roket masing-masing. Lagi elok, terbangkan roket tu dari tempat yang tinggi.

p/s: Haritu kita buat di dataran je T_T tak cukup masa. Masing-masing punya roket jatuh depan mata. But it's okay :)

Okay. So, apa ibrah yang kita boleh belajar?

Kertas putih itu ibarat kehidupan kita. It's like macam mana Allah beri kita sebuah kehidupan, supaya kita dapat corakkan, mengikut keputusan masing-masing. Life is a about making decision, it's us who's responsible for every decisions that we made. 

Kemudian, sewaktu proses menampal kertas warna tu, ana cuba nak kaitkan proses itu seperti kita sedang berusaha untuk membina impian masing-masing. Itu sebabnya haritu ana bawa satu je gam hahaha. "Nak gam! Kita gilir-gilir. Lepas dia, ana nak guna pula". Ok jap, apa kaitan impian dengan gam pula? lol. Proses membina impian itu, tak semudah yang kita fikirkan, pasti ada ujian dan kesusahan yang kita perlu tempuh sebelum kita betul-betul 'reach the top'. Haa gitu ;) Akhirnya, setelah hempas pulas kita hias dan menghias kertas tu, dapatlah kita lihat hasilnya. Kertas yg asalnya putih tu dah jadi warna warni dan cantik. Kan? Percayalah, susah manapun kita hadapi satu satu ujian itu, kita akan dapat hasilnya juga.

And then, sewaktu kita melipat roket. Kalau kita tengok, masing-masing ada cara melipat tersendiri. So ana klasifikasikan hasil-hasil roket ni kepada dua group. Satu group berjaya hasilkan roket yg bermacam-macam; yg ada muncung, yg ada extra sayap, dan ada yg biasa-biasa je. Group lagi satu pula, lipat macam mana cara pun, tak menjadi-jadi juga roketnya. Macam tulah juga kehidupan kita. Setiap manusia mempunyai impian dan masing-masing akan cari jalan untuk merealisasikan impian tu. Ada sekumpulan manusia yg Allah berikan dia kemudahan untuk capai impian yang dia mahukan. Ada juga sekumpulan manusia yang lain, belum lagi jumpa jalan yang dapat membawa mereka ke arah impian itu. Atas sebab tulah, pentingnya untuk manusia itu saling berinteraksi supaya semua dapat saling membantu. Contohnya, group kedua tadi(yang tak tahu cara lipat roket), boleh minta group pertama tunjukkan cara yang betul. 

Disclaimer: Game ni diilham daripada kak Aliyyah, but I dah tukar sikit. Heh. Boleh lah lepas ni kalau siapa-siapa nak main dalam usrah atau dengan kawan-kawan.


"Menjadi anak solehah"



"I want people to know the real Islam"
"Ana takut dengan semut" ? Haha. 

Wallahualam :)
Ameerah Azmil






Thursday, 4 April 2013

Terharu :')

Apa yang perlu dilakukan untuk membantu kenalan yang mempunyai masalah keluarga? Parents yang mahu bercerai? Especially sekiranya kenalan itu sangat mengharapkan pertolongan dariku dan aku sudah menganggap mereka sebagai adikku sendiri.

Hah. Itulah persoalaan yang telah ada dalam benak fikiranku. Rumit sungguh. Apa yang perlu aku lakukan untuk membantu mereka. Untuk pastikan yang mereka dapat menghadapi ujian-ujian ini dengan baik. Supaya aku dapat membantu mereka mengorak langkah dalam kehidupan ini. Tapi, bukan untuk mereka sahaja, diriku sendiri juga sedang belajar.


Tapi, ingat itu adalah sejarah. Haha.. sejarah yang sebenarnya membuatkanku terharu. *terharu gila*
Adik usrah: *menangis* kak ameerah, ana dah tak tahu nak buat apa dah. Ana geram. (amboi pandai dia ni berlakon)
Ameerah: Halaaa.. janganlah menangis. Okay, macam ni..........
Tiba-tiba.
 'Happy Birthday to you...' 9 adik usrah yang lain datang bawa kek. Hahaha.

Aishhh, *telinga dah mula rasa panas* 
Lah. Birthday suprise rupanya. *darah berderau laju dari kepala sampai kaki* Terharu sungguh. Terharu bercampur lega. 

Adik usrah: Kak ameerah tak curiga ke?

Haha. Tak terfikir langsung yang antunna nak buat birthday suprise. Serious, pandai sungguh antunna berlakon. Terfikir semula. Gelak sama-sama. Oh, korang gelakkan ana eh. Haa.. takpe takpe. Hehe :D

Alhamdulillah, ini yang mereka telah lakukan untuk aku. Terasa seperti peranan aku sebagai murobbi merupakan perkara manis yang perlu dimanfaatkan sebaiknya. Pengalaman seperti ini sebenarnya dapat banyak membantu aku unutuk menjadi manusia yang lebih baik. InsyaAllah. Apa-apa pun ikatan hati itu yang penting. InsyaAllah kalau jaga hubungan dengan Allah, Dia akan membantu kita menjaga hubungan sesama makhlukNya. 

Haha. Serious terharu. Nak sangat tangkap gambar. Tapi waktu sekolah, tak boleh buat apa-apalah :)
Thank you banyak-banyak.
Athirah, Alyn, Munira, Zahira, Sarah, Izzah, Ameera, Shafeenaz, Zahira, Damia. Jangan lupa tugasan-tugasan yng ana bagi tau :)


Baik itu dari Allah. Buruk itu dari diri ini sendiri yang sedia menerima teguran,
Ameerah Azmil

Thursday, 28 March 2013

Aku sayangkan mereka

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku sayangkan mereka.
Terima kasih Allah kerana meletakkan aku dalam golongan ini.
Ya sebelum ini aku tidak pernah melihat perkara ini sebagai satu nikmat daripada Engkau.
Namun kini aku sedar, mataku celik, melihat petahnya mereka berbicara,
beri pendapat masing-masing untuk kebaikan bersama, 
Saling tegur-menegur,
Ya, inilah suasana yang aku sudah lama aku inginkan.

Bekerjasama, bersama-sama dalam susah dan senang.
Melengkapi yang kurang dan sentiasa memberi kala diperlukan.
Senang, gembira, riang, tawa, sedih bersama.
Tika ini kita mula berjejak ke alam baru, alam yang akan
membuatkan kita lebih mengenali karenah masing-masing,
Lebih banyak cabaran yang akan kita hadapi di hadapan sana,
Wafa, wafdul amin akan tiba.
Program yang sulung kali akan kita uruskan bersama.

Ingatlah, kita bakal melangkah meninggalkan Al-Amin.
Ya, sememangnya satu tahun setengah lagi sebelum segalanya berlaku.
Tapi, ia akan berlaku. Tetap akan berlaku.
Aku pasti tersedu saat berpisah dengan mereka.
Aku khuatir aku tidak menyumbang apa-apa pada bumi Al-Amin.
Terutamanya buat mereka.
Merekalah generasi ke-20 Al-Amin.
2NT.
Aku sayangkan mereka,
sahabat perjuanganku.
InsyaAllah susah senang bersama akan berkekalan sehingga kita bertemuNya.






Ameerah Azmil.

Saturday, 19 January 2013

Nikmat-Musibah-Ujian

Bismillahirrahmanirahim..

Assalamualaikum. Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang (tagline maria elena). Ohoo bukan apa, tiba-tiba terasa jari-jari ni aktif pula untuk mengisi lompong-lompong dalam blog ni. Uhuk-uhuk, macam-macam benda bersarang dalam ni *terbatuk aku* :p

Lagi sekali, Bismillahirrahmanirahim. 
Ya, mungkin sudah lama aku meninggalkan blog ini. Tapi, kali ini ada sesuatu yang mahu aku sampaikan. Walaupun ilmu tak setinggi mana, sabda Rasulullah s.a.w: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Maksudnya di sini, sampaikanlah sesuatu itu meskipun sepotong ayat. Selagi ianya dapat memberi manfaat, sampaikanlah, sebarkanlah.

Dalam kehidupan manusia ni, biasalah, banyak cabaran dan ujian yang kita perlu tempuhi untuk teruskan hidup. Ada manusia yang dapat tempuhi dengan mudah, ada yang baru di uji, terus jatuh. Segalanya bergantung pada iman kita. kadang-kadang kita leka dengan tanggungjawab kita dihidupkan di muka bumi Allah ini. Kita lupa yang kita masih bergantung pada Dia untuk teruskan hidup. Bernafas. Dari mana datangnya oksigen? Kita lupa. Kita lupa semua itu. 

Namun, dalam banyak-banyak ujian ini, Allah memberikan kita pelbagai nikmat. Nikmat yang kita sedar, mahupun yang kita tak sedar. Nikmat Allah itu sangatlah luas. Bayangkan kita berada di atas puncak. Di mana kita dapat lihat seluruh ciptaan Allah. Kemudian jika kita membuka mata seluas-luasnya untuk melihat nikmat Allah, nescaya apa yang kita akan nampak hanyalah sedikit, pokok, awan, bukit. Kita tak dapat lihat dan ketahui apa yang berlaku di sebalik bukit-bukit itu. Banyak lagi yang nikmat yang kita tak sedar. Allah maha pemurah pada hambaNya.

Tapi, ketahuilah. Allah memberikan ujian-ujian ini untuk mencantikkan lagi kehidupan manusia. Ujian-ujian ini ibarat corak-corak atau bunga-bunga yang ada untuk mencantikkan  sehelai kain. Allah meletakkan sesuatu ujian ini untuk memperbaiki kehidupan kita. Menjadikan kita lebih matang dari sebelum ini.


''La yukallifullahu nafsan illa wus'aha''
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Sebelum ana menghabiskan post ni, ana nak tutup dengan satu petikan dari surah Al-Maidah ayat ke 55:

 ''Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah)''

Dalam ayat ni Allah kata, kalau ada masalah, kembalilah kepadaNya kerana penolong kita hanyalah Allah, Rasul dan orang yang beriman. Nampak tak sekarang? Sebelum Allah meletakkan sesuatu ujian pada seseorang manusia, Allah sudah pun memberikan tunjuk ajar serta jalan penyelesaiannya. 

Pengajaran: Sentiasa menjaga hubungan yang baik dengan Allah. Beruntungnya.
Wallahua'lam.

p/s: Sorry sebab sekejap guna 'ana' sekejap guna 'aku' -,- Apa-apa pun, semoga bermanfaat.



Baik itu dari Allah. Buruk itu dari diri ini sendiri yang sedia menerima teguran,
Ameerah Azmil.