Thursday, 28 March 2013

Aku sayangkan mereka

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku sayangkan mereka.
Terima kasih Allah kerana meletakkan aku dalam golongan ini.
Ya sebelum ini aku tidak pernah melihat perkara ini sebagai satu nikmat daripada Engkau.
Namun kini aku sedar, mataku celik, melihat petahnya mereka berbicara,
beri pendapat masing-masing untuk kebaikan bersama, 
Saling tegur-menegur,
Ya, inilah suasana yang aku sudah lama aku inginkan.

Bekerjasama, bersama-sama dalam susah dan senang.
Melengkapi yang kurang dan sentiasa memberi kala diperlukan.
Senang, gembira, riang, tawa, sedih bersama.
Tika ini kita mula berjejak ke alam baru, alam yang akan
membuatkan kita lebih mengenali karenah masing-masing,
Lebih banyak cabaran yang akan kita hadapi di hadapan sana,
Wafa, wafdul amin akan tiba.
Program yang sulung kali akan kita uruskan bersama.

Ingatlah, kita bakal melangkah meninggalkan Al-Amin.
Ya, sememangnya satu tahun setengah lagi sebelum segalanya berlaku.
Tapi, ia akan berlaku. Tetap akan berlaku.
Aku pasti tersedu saat berpisah dengan mereka.
Aku khuatir aku tidak menyumbang apa-apa pada bumi Al-Amin.
Terutamanya buat mereka.
Merekalah generasi ke-20 Al-Amin.
2NT.
Aku sayangkan mereka,
sahabat perjuanganku.
InsyaAllah susah senang bersama akan berkekalan sehingga kita bertemuNya.






Ameerah Azmil.