Saturday, 27 April 2013

Impress who?


Stop impressing people who don't care. Start impressing Allah who tests our hearts. If you don't live for Allah, you will die for nothing :)


They choose to cover up to impress Him. Not him.

Allah.

I dont care what you think of me. I was not born to impress you.

Impian

Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ni ana nak buat satu short entry. Short ke?

Haritu kita ada main game ni. Entahlah antunna suka game ni atau tak sbb haritu kita kan tak cukup masa. So, ada benda yang ana skip dalam game tu. Sorrrrry ;'( Yelah, kita mana boleh ambil masa kelas cikgu. Hehe :)

These are their rockets. Ana dah baca masing-masing punya . hehe
Tapi ada 9 je. Takda kena hantar juga, okay.
Game dia macam ni.


Tajuk game: Impian.

Setiap org diberi satu kertas A4 putih. Masing-masing perlu fikirkan apakah 1) impian, 2) sikap yang mahu dikekalkan dan 3) sikap yang mahu dibuang. Tuliskan ketiga-tiga perkara tu atas cebisan-cebisan kertas warna. Setiap cebisan kertas warna perlu ada satu perkara sahaja. Next, tampalkan cebisan kertas warna tadi atas kertas putih masing-masing.

Selesai tampal, kertas putih tu boleh dihias dengan pensil warna, glitter atau pen. Serlahkan kreativiti anda. Ceh. Kemudian, setiap orang perlu lipat kertas masing-masing jadi roket. Ada banyak method utk lipat kertas jadi roket, so terpulang ikut cara masing-masing. Pada yang tak tahu cara buat roket, boleh tanya kawan. 

Sudah siap. Masing-masing dah ada roket, jadi buat apa lagi? Terbangkan roket masing-masing. Lagi elok, terbangkan roket tu dari tempat yang tinggi.

p/s: Haritu kita buat di dataran je T_T tak cukup masa. Masing-masing punya roket jatuh depan mata. But it's okay :)

Okay. So, apa ibrah yang kita boleh belajar?

Kertas putih itu ibarat kehidupan kita. It's like macam mana Allah beri kita sebuah kehidupan, supaya kita dapat corakkan, mengikut keputusan masing-masing. Life is a about making decision, it's us who's responsible for every decisions that we made. 

Kemudian, sewaktu proses menampal kertas warna tu, ana cuba nak kaitkan proses itu seperti kita sedang berusaha untuk membina impian masing-masing. Itu sebabnya haritu ana bawa satu je gam hahaha. "Nak gam! Kita gilir-gilir. Lepas dia, ana nak guna pula". Ok jap, apa kaitan impian dengan gam pula? lol. Proses membina impian itu, tak semudah yang kita fikirkan, pasti ada ujian dan kesusahan yang kita perlu tempuh sebelum kita betul-betul 'reach the top'. Haa gitu ;) Akhirnya, setelah hempas pulas kita hias dan menghias kertas tu, dapatlah kita lihat hasilnya. Kertas yg asalnya putih tu dah jadi warna warni dan cantik. Kan? Percayalah, susah manapun kita hadapi satu satu ujian itu, kita akan dapat hasilnya juga.

And then, sewaktu kita melipat roket. Kalau kita tengok, masing-masing ada cara melipat tersendiri. So ana klasifikasikan hasil-hasil roket ni kepada dua group. Satu group berjaya hasilkan roket yg bermacam-macam; yg ada muncung, yg ada extra sayap, dan ada yg biasa-biasa je. Group lagi satu pula, lipat macam mana cara pun, tak menjadi-jadi juga roketnya. Macam tulah juga kehidupan kita. Setiap manusia mempunyai impian dan masing-masing akan cari jalan untuk merealisasikan impian tu. Ada sekumpulan manusia yg Allah berikan dia kemudahan untuk capai impian yang dia mahukan. Ada juga sekumpulan manusia yang lain, belum lagi jumpa jalan yang dapat membawa mereka ke arah impian itu. Atas sebab tulah, pentingnya untuk manusia itu saling berinteraksi supaya semua dapat saling membantu. Contohnya, group kedua tadi(yang tak tahu cara lipat roket), boleh minta group pertama tunjukkan cara yang betul. 

Disclaimer: Game ni diilham daripada kak Aliyyah, but I dah tukar sikit. Heh. Boleh lah lepas ni kalau siapa-siapa nak main dalam usrah atau dengan kawan-kawan.


"Menjadi anak solehah"



"I want people to know the real Islam"
"Ana takut dengan semut" ? Haha. 

Wallahualam :)
Ameerah Azmil






Thursday, 4 April 2013

Terharu :')

Apa yang perlu dilakukan untuk membantu kenalan yang mempunyai masalah keluarga? Parents yang mahu bercerai? Especially sekiranya kenalan itu sangat mengharapkan pertolongan dariku dan aku sudah menganggap mereka sebagai adikku sendiri.

Hah. Itulah persoalaan yang telah ada dalam benak fikiranku. Rumit sungguh. Apa yang perlu aku lakukan untuk membantu mereka. Untuk pastikan yang mereka dapat menghadapi ujian-ujian ini dengan baik. Supaya aku dapat membantu mereka mengorak langkah dalam kehidupan ini. Tapi, bukan untuk mereka sahaja, diriku sendiri juga sedang belajar.


Tapi, ingat itu adalah sejarah. Haha.. sejarah yang sebenarnya membuatkanku terharu. *terharu gila*
Adik usrah: *menangis* kak ameerah, ana dah tak tahu nak buat apa dah. Ana geram. (amboi pandai dia ni berlakon)
Ameerah: Halaaa.. janganlah menangis. Okay, macam ni..........
Tiba-tiba.
 'Happy Birthday to you...' 9 adik usrah yang lain datang bawa kek. Hahaha.

Aishhh, *telinga dah mula rasa panas* 
Lah. Birthday suprise rupanya. *darah berderau laju dari kepala sampai kaki* Terharu sungguh. Terharu bercampur lega. 

Adik usrah: Kak ameerah tak curiga ke?

Haha. Tak terfikir langsung yang antunna nak buat birthday suprise. Serious, pandai sungguh antunna berlakon. Terfikir semula. Gelak sama-sama. Oh, korang gelakkan ana eh. Haa.. takpe takpe. Hehe :D

Alhamdulillah, ini yang mereka telah lakukan untuk aku. Terasa seperti peranan aku sebagai murobbi merupakan perkara manis yang perlu dimanfaatkan sebaiknya. Pengalaman seperti ini sebenarnya dapat banyak membantu aku unutuk menjadi manusia yang lebih baik. InsyaAllah. Apa-apa pun ikatan hati itu yang penting. InsyaAllah kalau jaga hubungan dengan Allah, Dia akan membantu kita menjaga hubungan sesama makhlukNya. 

Haha. Serious terharu. Nak sangat tangkap gambar. Tapi waktu sekolah, tak boleh buat apa-apalah :)
Thank you banyak-banyak.
Athirah, Alyn, Munira, Zahira, Sarah, Izzah, Ameera, Shafeenaz, Zahira, Damia. Jangan lupa tugasan-tugasan yng ana bagi tau :)


Baik itu dari Allah. Buruk itu dari diri ini sendiri yang sedia menerima teguran,
Ameerah Azmil