Thursday, 4 April 2013

Terharu :')

Apa yang perlu dilakukan untuk membantu kenalan yang mempunyai masalah keluarga? Parents yang mahu bercerai? Especially sekiranya kenalan itu sangat mengharapkan pertolongan dariku dan aku sudah menganggap mereka sebagai adikku sendiri.

Hah. Itulah persoalaan yang telah ada dalam benak fikiranku. Rumit sungguh. Apa yang perlu aku lakukan untuk membantu mereka. Untuk pastikan yang mereka dapat menghadapi ujian-ujian ini dengan baik. Supaya aku dapat membantu mereka mengorak langkah dalam kehidupan ini. Tapi, bukan untuk mereka sahaja, diriku sendiri juga sedang belajar.


Tapi, ingat itu adalah sejarah. Haha.. sejarah yang sebenarnya membuatkanku terharu. *terharu gila*
Adik usrah: *menangis* kak ameerah, ana dah tak tahu nak buat apa dah. Ana geram. (amboi pandai dia ni berlakon)
Ameerah: Halaaa.. janganlah menangis. Okay, macam ni..........
Tiba-tiba.
 'Happy Birthday to you...' 9 adik usrah yang lain datang bawa kek. Hahaha.

Aishhh, *telinga dah mula rasa panas* 
Lah. Birthday suprise rupanya. *darah berderau laju dari kepala sampai kaki* Terharu sungguh. Terharu bercampur lega. 

Adik usrah: Kak ameerah tak curiga ke?

Haha. Tak terfikir langsung yang antunna nak buat birthday suprise. Serious, pandai sungguh antunna berlakon. Terfikir semula. Gelak sama-sama. Oh, korang gelakkan ana eh. Haa.. takpe takpe. Hehe :D

Alhamdulillah, ini yang mereka telah lakukan untuk aku. Terasa seperti peranan aku sebagai murobbi merupakan perkara manis yang perlu dimanfaatkan sebaiknya. Pengalaman seperti ini sebenarnya dapat banyak membantu aku unutuk menjadi manusia yang lebih baik. InsyaAllah. Apa-apa pun ikatan hati itu yang penting. InsyaAllah kalau jaga hubungan dengan Allah, Dia akan membantu kita menjaga hubungan sesama makhlukNya. 

Haha. Serious terharu. Nak sangat tangkap gambar. Tapi waktu sekolah, tak boleh buat apa-apalah :)
Thank you banyak-banyak.
Athirah, Alyn, Munira, Zahira, Sarah, Izzah, Ameera, Shafeenaz, Zahira, Damia. Jangan lupa tugasan-tugasan yng ana bagi tau :)


Baik itu dari Allah. Buruk itu dari diri ini sendiri yang sedia menerima teguran,
Ameerah Azmil

No comments: