Tuesday, 10 December 2013

WAFDUL AMIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum mata-mata yg sedang menatap skrin. Terima kasih kerana membaca blog ini meskipun sudah lama ditinggalkan. Alhamdulillah Allah mengizinkan aku untuk menaip semula dalam blog ini. Kali ini, aku mahu menulis berkenaan sebuah program tahunan yg dinanti-nantikan oleh setiap warga tingkatan 4 SMIAAG, iaitu program WAFDUL AMIN. 


Program wafdul amin ataupun lebih dikenali sebagai wafa merupakan sebuah program anak angkat, di mana kami akan menziarahi sebuah kampung untuk mengenali dan memahami serta mempelajari sesuatu daripada cara hidup mereka. Namun, apa yg membuatkan program ini lebih istimewa adalah ia memerlukan perancangan dan sebuah organisasi yg kukuh. Sebab apa?  Sebab program ini memakan masa yg panjang dari awal sehingga ke hujung tahun. Setiap tahun, pelajar ting 4 perlu mengumpul dana untuk menghadapi program wafa pada hujung tahun. Hasilnya, baru kita tahu perit getir untuk mendapatkan duit.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Baiklah. Akhirnya, program wafa telah pun melabuhkan tirainya. Tsk ;') Kami generasi ke-20 Al Amin @ batch 2NT telah dihantar ke Kampung Bukit Gasing, Marang. Banyak yg telah kami belajar di sini. Kami telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Satu kumpulan akan mendapat satu keluarga angkat. Tengku Lina, Amira Saada dan aku telah disusun untuk mengenali keluarga Pak Mustaffa ataupun lebih dikenali Pak Ipin :) Aku mau buat catatan sedikit di sini, biar selalu ingat:
  • Ayah Ipin (ayah kata kalau datang situ nanti nak cari rumah, sebut je nak cari Ipin Soya. Orang kampung panggil ayah Ipin Soya. InsyaAllah saya akan ingat rumah di mana :) 
  • Mak/Zaimah
  • Kak Long/Hanisah
  • Abang Syawal (tak sempat jumpa)
  • Atikah (kita sama umur)
  • Aisyah (Form 2)
  • Aqila (Darjah 5)
  • dan Zakiah. 



Banyak benda yg aku dapat pelajari dari kampung ini. Antara yg ketara boleh kita lihat adalah daripada cara hidup mereka. Dedikasi mereka. Aku mahu berikan contoh yg paling dekat iaitu keluarga angkatku sendiri. Sumber rezeki keluarga ini bergantung kepada musim pada waktu itu. Pada waktu bukan musim tengkujuh, ayah menyara keluarga dengan menyandat sotong. Ayah akan mula bekerja pada pukul 4 petang sehingga 10 pagi, pada keesokan harinya. Pada waktu musim tengkujuh pula mereka akan mencari mata pencarian keluarga dengan berniaga di pasar. Kami berpeluang untuk merasai pengalaman berniaga sbb kami berada di kampung ini pada musim tengkujuh hehe. Setiap pagi pada pukul 4.30, mak sudah mula memproses soya dan taufu fa. Proses ini biasanya akan berlanjutan sampai tengahari. Sayang sangat sbb tak dapat belajar buat taufu fa huhu. Kemudian, lebih kurang pukul 3 ptg begitu, ayah, kak long dan atikah akan bersiap-siap untuk pergi berniaga di pasar. Sempatlah aku, lina dan amira ikut kak long menjual haritu. Macam-macam ada, air soya, taufu fa, air nenas, air milo, air sirap laici, serta ice blended pelbagai jenis. Di gerai ini, of course lah soya dan taufu fa yang paling femes sekali.




Selesai set up gerai


 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mahu dijadikan cerita pula hahaha. Pada satu malam, Lina, Amira dan aku ada date tahuuu. Siapa sangka ada 'benda' mahu date dengan kita kann hahaha. Dating dengan siapa tu? Jeng jeng jeng. Beginilah ceritanya, kita berprogram wafa ni bukannya cuma spend masa dengan keluarga angkat semata-mata. Ada juga aktiviti yg melibatkan orang kampung lain seperti hari sukaneka, ceramah, qiyam dan sebagainya. Biasanya pada waktu malam akan ada ceramah dan akan tamat dalam pukul 10.30 malam.  

Selepas program, Ajk Keselamatan akan pastikan semua peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing dengan selamat. Rumah kami taklah begitu jauh dengan masjid, jadi kami pun jalan kaki je ke rumah. Perjalanan balik tu ditemani kumpulan aida dan dua lagi orang banin. Plannya, mereka akan hantar kumpulan kami dahulu, kemudian baru rumah aida. Jadi, bila dah sampai kat hujung jalan, agak-agak macam dah boleh nampak lampu rumah kami tu, kami minta diorang stop kat situ je sbb 'kononnya' dah boleh jalan sendiri ke rumah. Laluan tu ada lebih kurang 30 meter sampai rumah. Lagipun waktu tu mmg tak expect apa-apa pun akan jadi haha. Oh lupa nak bagitahu, kat situ kiri dan kanan hutan hahaha. Kalau tengok waktu siang, mmg tempat tu okay, so aku fikir malam pun okay je la.

Heh. Jadi, diorang pun berhenti di situ. Aku, mira dan lina pun jalan lah dalam gelap. Cuma ada satu je lampu waktu tu, lampu yg aku cakap datang dari rumah keluarga angkat kami tu haha. Bila kami jalan, diorang tunggu dulu sampai kami dah dekat dengan rumah tu, diorg pun pergi. Seperti yg dirancang, mmg baik je semuanya, kami jalan straight je sampailah satu part... tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki laju turun dari bukit. Menuju ke arah kitorang sebab aku boleh nampak bayang-bayang. Bunyi tapak kaki tu berat, so aku dah terpikir satu 'benda' hahaha, apa yg buat aku yakin dengan sangkaan aku adalah bila aku terdengar bunyi babi hahahaha. Dalam hati aku time tu panic sbb dah tahu bendanya apa, tak dapat agak apa yg babi hutan tu akan buat. Apa yg aku ingat, nenek aku dulu selalu cerita yg org dulu2 kalau nampak babi hutan, jangan lari. Berdiri tegak je sbb pergerakan kita tu akan buat babi hutan tu panik. Aku kebetulan berdiri dekat dengan lina, terus suruh pegang tangan dia. Amira dah ada kat depan sana, pun berdiri tegak sorang-sorang

Sbb tak tahu nak buat apa waktu tu, kami pun call ayah. PUM PUM PUM. Bunyi tapak kaki ayah kat atas rumah lari. Hahaha fikir balik kononnya taknak susahkan orang sekali benda ni pulak yang jadi. Ayah keluar je rumah kitorang tengah tegak kat tempat masing-masing hahahaha. Ayah tercari-cari babi hutan tu tapi dah takda dah. Lepastu ayah tak bagi kami jalan kaki dah. Kak long akan ambik kitorang naik kereta. Hmm :)

Wafa. Banyak sangat untuk diceritakan. Ini adalah serba sedikit yg aku dapat kongsikan.






Wafa masuk Sinar Harian. Walaweh :)

Makan nasi dgn daging keba masak gulai kawah.


Hari Keluarga dalam hujan dan lecak.




:)



:)












Wallahualam :)
Ameerah Azmil.