Friday, 17 January 2014

Expert sangat ke? Lasak ke?

Bismillahirrahmanirrahim

Expert ini adalah sebuah program di bawah anjuran Ikramteens which is Eksplorasi Pemimpin Remaja Tahan Lasak. Hmmm apa yg lasaknya program ni? Sabar dulu. Panjang untuk ceritakan hal 'lasak'.

Sebelum aku betul betul masuk berkenaan expert izinkan aku ceritakan sedikit background program ini. Ikramteens [kalau mahu tahu lanjut] tubuhkan PRODUCE. Sehingga tahun 2013 sudah ada 9 generasi PRODUCE. Aku di PRODUCE Gen-8. PRODUCE bermula dengan program pada akhir tahun tingkatan 3-XREK (Ekspedisi Remaja Kental) diikuti program-program lain. Program yang dapat aku join cuma XREK, EXPERT dan MHI (insyaallah).


XREK
Akhawat produce-8


Baiiikk mari mula alkisah aku eh alkisah kami ber expert di Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Malam tu kami akan bertolak pukul 12 malam. Mula-mula nervous pun ada sebab dengar dengarnya program ini lebih mencabar daripada XREK. Tapi itu yang buat aku tak sabar sebenarnya. Aku ada pakat dengan Aisyah Othman untuk pergi bersama tapi apapun boleh jadi. Aku tunggu di stesen bas Pudu dan alhamdulillah gembira bila jumpa orang yang pernah bersama aku dahulu dalam program XREK. Ma'alim, Aisyah Othman dan beberapa orang budak lelaki. Ada seorang banin daripada Al-Amin, Muhammad Sany. Aku dapat kenal dengan sahabat baru Zalikha dan Aisyah. Mereka yang aku sebut ni adalah wakil daripada negeri Selangor. Selangor dibahagikan kepada 3. Selangor A, B dan C. Kami daripada kumpulan Selangor B. Kami pun bertolak.


Esoknya sebelum masuk subuh, kami tiba di satu terminal di Pulau Pinang. Semua wakil daripada selangor termasuk A, B dan C dan beberapa wakil daripada negeri lain berkumpul di situ untuk solat subuh. Di sinilah kami mula jumpa orang itu dan orang ini "Eh macam kenal lah awak" "Awak pergi exrek kan?" "Awak yang sepupu dengan al qadr tu kan?" -.- Haaa gitu. Selepas itu, kami semua tunggu bas rapid. Ulang sekali lagi bas rapid uols. Hihi iye kami semua lebih kurang 30 orang tunggu giliran masing masing utk naik bas rapid sehingga ke Masjid Daerah Balik Pulau.

Seperti biasa akan ada icebreaking, perasmian etc. Petang itu mulalah slot pertama. Daripada setiap slot, aku sudah maklum yang program ini tujuannya untuk melatih kami mengumpul dana, belajar untuk 'deal' dengan masyarakat, belajar untuk mengambil ibrah daripada setiap aktiviti dan apa yg berlaku sepanjang hari di program ni etc. Dalam program ini, kami bergerak dalam kumpulan yang mewakili negeri masing-masing dan ini adalah pertama kali kami bekerja sebagai satu kumpulan. Dalam XREK, setiap kumpulan akan ada wakil daripada negeri-negeri yang berlainan. Waktu itu, aku dapat satu kumpulan dengan sahabat-sahabat daripada pelbagai latar belakang. Kedah, terengganu, johor. Balik-balik KL je melekat sedikit loghat terengganu hahaha. Sekarang ni baru aku appreciate ukhuwah yang terikat dalam program ini. Dalam satu aktivti-Explorace kami disuruh untuk berjalan jauuuh, meredah hutan dan hujann, solat atas padang rumput dalam keadaan hujan dan buat aktiviti/task dalam hujan. Kami yang perlu decide sendiri solat di mana, ambil wudhu di mana, mahu solat bila sebab waktu tu kami berjalan sendiri mengikut clue sahaja. Pagi sampai nak masuk waktu maghrib. Pernah sampai satu checkpoint, kami disuruh untuk berjalan tanpa kasut atas jalan tar. Aku ingat lagi waktu tu kami bergilir-gilir galas beg dan aku menggigil sbb lama juga kami berjalan dalam hujan. Alhamdulillah mandi mandi hujan pun tiada siapa daripada kumpulan aku yang demam. Memories never die ;)

Kembali kepada Expert, secara kasarnya, sepanjang program ni slot-slot nya adalah kami diarahkan untuk kumpul duit iaitu 'kais petang makan petang', edar brochure, gotong-royong dan aktivti utama-Explorace. Untuk slot 'kais petang makan petang' kami perlu masuk kampung untuk mencari kerja ataupun melakukan bisnes untuk mengumpul dana. Setiap kumpulan perlu mengumpul dana dengan target RM200. Alhamdulillah selangor B mendapat kutipan tertinggi. Tak boleh ceritakan strategi sebab generasi selepas ini pun akan lalui aktiviti yang sama juga :p bocor lah rahsia.


Pada hari ketiga, ada aktiviti Explorace. Kami pusing-pusing bandar pinang daripada pagi sampai petang. Menariknya, kami tidak dibenarkan bawa phone dan bawa duit. Hanya ditemani seorang fasi. Jadi sepanjang kami berjalan-jalan bersama kumpulan, hanya satu phone sahaja dibenarkan, dan sekurang-kurangnya dua kamera. Setiap individu diberikan RM 6. Jadi kami perlu bijak menggunakan duit ni untuk transportation bagi perjalanan lebih 8 jam. Bukan kedekut tapi mahu jimatkan duit, backup nanti kalau jadi apa-apa duit kena curi ke tercicir ke (hahaha padahal semua baik baik sahaja) kami meletakkan beban pada dua kaki kami. Ah lenguh lenguh pun balik tu semua senyum sbb memang berbaloi. Kami berjalan di kawasan Jeti, Masjid Negeri, Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak) dan lokasi terakhir Bukit Bendera. 

Baiklah itulah dia berkenaan program Expert 4 hari 3 malam di Daerah Balik Pulau. Kalau tulis semua sampai bila pun tak habis. Lepastu kantoilah kat adilah dia pula akan pergi selepas ni. Terima kasih ikram teens kerana menganjurkan program ini. Ukhuwah kami terasa erat sekali dan terasa sangat sayang untuk berpisah. Semoga bertemu di program seterusnya MHi. 

Oh mahu tambah, aku paling rindu sewaktu sebelum majlis perasmian. Setiap kumpulan perlu membuat video berkenaan sepanjang program Expert. Kami stay up malam tu walaupun sudah seharian berjalan untuk Explorace. Kami beli kopi daripada kumpulan kelantan pastu akhawat buatkan kopi. Pinjam laptop orang, memory card tak boleh baca, video yang dah edit hilang waktu pagi hari perasmian hahaha. Akhirnya ditayangkan juga video kami kat depan semua kumpulan. Berjaya juga ikhwah edit video walaupun taklah hebat macam kumpulan lain tapi okeylaah. Last minute punya kerja kira patut dibanggakan.




Bendang di Kg Titi Teras





Selangor B.
Kumpulan kedua terbaik.




Wallahualam :)
Ameerah Azmil.