Monday, 26 January 2015

Sekolah Kehidupan Ikram

Ku lihat
Ada prasangka dihatimu
Melihat diriku saat ini
Karena terpisahkan diri
Dengarkanlah hatiku
Yang masih tetap merinduimu

Aku masih seperti yang dulu
Mencintaimu dengan rasa imanku
Sampai kini semua belum berubah
Sebab cintaku bukan karena dunia

Cinta kita karena satu tubuh
Yang tak terbatas jarak dan waktu
Andai ada kata berpisah
Cukuplah ia hanya sampai di mata...

Satu Tubuh - Zahyd dan Maidany


Aku rasa seakan akan lagu ini ialah lagu tema mhi. Fahami liriknya sambil imbau semula kenangan di kem rimba tamu. Haaa cukup menyebabkan mata banjir. Kalau tak banjir mendung pun jadilah. Wui wui dah dah. Ok semua.. 1.. 2.. 3.. I Support You!


Warning: Post ni mungkin akan penuh dengan istilah-istilah di mhi.
Istilah-istilah ini akan di italic kan ;)


Madrasatul Hayah Ikram.

   Habis spm haritu tak terfikir yang aku benar benar akan terlibat dengan program ini. Tambah tambah lagi bila tahu yang aku dapat plkn. Tapi tup tup aku tak kena intake plkn yang pertama. Terus aku whatsapp anisah kz "Ana tak dapat intake pertama"  "Nanti dah nak daftar bagitahu ana eh" hahaha. Seperti yang aku katakan tadi, tak terfikir aku benar benar akan terlibat dengan mhi, serious. Mungkin kerana pada waktu itu aku masih sibuk dengan program sekolah. Explorace habis beberapa hari sahaja sebelum mula mhi kemudian sambung pula dengan pra-lkd. Itu semua membuatkan mhi di anak tiri kan. Ceh. Tapi, satu malam aku telah membuat keputusan yang sangat sangat bermakna dalam sejarah kehidupan aku heh. "Mama boleh ke ameerah nak join mhi?" "Kalau bapak bagi ameerah nak daftar kat website dia" Bila dua dua sebut "okay" terus ke laptop. Memang last minute baru buka blog mhi dan daftar. Aku tak tahu apa yang membuatkan hati beriya-iya mahu join mhi pada waktu itu. But yes, I've made a right decision. Alhamdulillah ini semua kerja Kau. Summalhamdulillah.












Banyak sangat benda mahu diceritakan. Mahu mula dari mana pun aku tak tahu haha. 


    14 December 2014 merupakan hari pendaftaran mhi1415 di kem yang menyimpan beribu kenangan-Kem Rimba Tamu. Pada hari itu, aku sampai agak lewat hampir hampir masuk maghrib. Jadi pada waktu tu ramai sudah ada port masing masing haha. Katil pun masing masing dah cop. Aku dapat dorm kedua menghadap katil anisah. Aku masih ingat, aku masuk je dorm terus nampak amani dengan nina. Yea, merlimau in the house. Selepas itu, baru aku sedar ramai rupanya muka-muka yang aku kenal daripada program produce. Nad (group sama dari Xrek), Bal, Najah, Maalim, Sarah, Ocha, Mawaddah, Aishah dan lagi lagi lagi. Sepanjang sebulan, aku dapat kenal dengan sahabat-sahabat pelbagai ragam. Daripada tak rapat tiba-tiba hujung kem jadi rapat hahaha. Group whatsapp mhi sampai harini tak pernah 0 notification. Kalau tinggal satu jam je boleh capai 200+ ada je cerita nak share dalam tu hahaha. Masing-masing sudah ada haluan masing-masing. Fi amanillah sahabat ;)


Di madrasatul hayah ikram..


Setiap hari kami akan lalui tiga slot. Kami belajar daripada skil memasak, skil menjahit sampai ke skil berdebat dan public speaking. Yang pasti, setiap slot slot ini mahu mempersiapkan peserta mhi sebelum melangkah ke alam kehidupan yang baru iaitu dengan membawa amanah D&T.

Kemudian...


Setiap hari kami akan menyanyi lagu Hai Sahabat, Gelombang Keadilan dan Sollu ala Muhammad. Bukan menyanyi sahaja tapi beserta gaya. Syurgaaa


Setiap hari juga, peserta akan bergilir-gilir ikut kumpulan untuk masak sarapan, makan tengahari serta makan malam. Sebelum mula slot akan ada sesi komen dan rating masakan. Macam macam menu ada antaranya rendang, mee hailam, ayam tomato termasuklah sushi, bihun kunyit, pulut dan sebagainya. Eh.


Seterusnya...


Setiap hari akan ada riadah pagi dan petang. Jk sukan akan handle riadah. Aku berada dalam jk sukan. 

Setiap hari akan baca al mathurat dan al mulk ramai ramai kuat kuat.

Setiap hari akan ada tazkirah subuh dan maghrib.

Dan, setiap hari akan ada lima peserta bagi public speaking. Tak ada seorang pun peserta yang dapat lari dari public speaking.


YEP. Semua ni kami buat setiap hari.




   Ramai juga yang tanya "Boleh nt duduk kat situ sebulan?" "Serious sebulan" "Bukan kem tu kecik je ke". Disebabkan kem itu kecil lah setiap sudut di situ itu ada kenangan tersendiri. Sungai. Kolah. Dewan. Dorm. Dataran. Tempat parking. Tempat pakcik aiskrim. Dapur. Setiap satu ada ceritanya sendiri. Sejujurnya sebulan itu sangaaaat sekejap. Serious. Tak cukup. Kalau boleh tambah lagi dua bulan kat kem rimba tamu pun aku sanggup. Buat macam plkn. Tak tipu.



...............




Ok semua.. 1.. 2.. 3.. I support you!



   Di sinilah aku belajar banyak benda. Di sinilah aku berjumpa dengan sahabat sahabat ukhuwah basah. Di sinilah segalanya. Tunggu nanti aku dah dapat lesen antara tempat pertama yang akan aku pergi adalah kem rimba tamu.  Walaupun aku tak dapat merasai majlis penutup, serta missed satu ucapan yang sangat besar dan bermakna untuk semua. Tapi daripada recording yang dihantar dalam group whatsapp, aku benar benar merasakan ukhuwah kita bukan hanya di sini. Bukan sekadar di kem rimba tamu dan whatsapp. InsyaAllah sampai ke syurga. Syurgaaa ok last. Heh :)




Street Dakwah


Malam terakhir




Akan aku ingat kata kata ini: 




Setiap slot telah dicatatkan dalam blog Mhi: http://madrasatulhayahikram.blogspot.com/
Jazakumullah khairan kepada jk Mulpen :)



Wallahualam :)
Ameerah Azmil.



No comments: